Friday, September 9, 2011

Mee Udang Sg Dua Penang

Ok cerita pasal mee udang lak kali ni..kalu pegi ke utara mee udang ni memang cukup popular kat sana.Biasanya kalu nak pekena mee udang nih kena datang area Sg Dua,Penang.banyak gerai yang jual mee nih area situ.kalu dari highway menghala ke utara akan nampak susur kiri ke Sg Dua sebelum sampai tol Sg Dua.

Korang bleh nampak gerai mee udang nih di sepanjang jalan selepas susur  tu.Kiri kanan pun ada,malah gerai Char kuay teow pun ada di tepi jalan kt situ.Yg penting slow sket keta tu perati betul2,nih nk g makan kan bukan nak race ala-ala F1 ..hehee.Biasa gerai bukak kul 12 tghari-12 mlm.

Selalu ada 2 jenis mee udang nih..mee udang biasa(udang saiz kecil/biasa) & mee udang special(udang besar).Mee udang special tu udang akan ditimbang baru buh kat mee..makin banyak udang makin lebih lah rega..blurppp.Harga bagi mee udang biasa selalu dalam RM5 dan mee udang special RM7 keatas ikut berat udang yang ditambah kat mee.

Bagi aku rasa dua2 pun okey ikut bajet memasing.Rega??..ala kalu nak makan rega bab kedua..haha.Nih korang kena pegi try..rugi dh ke utara tak pekena mee udang.....slurrpp..

Thursday, September 8, 2011

stress..stress..

Minggu lepas masa balik beraya aku rasa stress drive kat highway..nama je highway tapi jem sana-sini.Nak kemana-mana kalu guna highway silap2 berjam-jam terperangkap..adus stress..stress.Tu belum driver yang bawa kereta cam jalan tu mak ayah diorang punya je..stress lagi..

Abih cuti masuk kerja..stress lagi.Kekadang aku rasa tawar hati nak kerja kat sini.Bosan aku sikap orang yang bermuka-muka,komplain sana-sini & rasa diri diorang je yg betul.Tapi aku percaya kerberkatan hidup tu penting..buat tak baik akan terima pembalasan..cepat atau lambat..secara langsung atau tak.Aku takut kalu hidup tak diberkati..yg utama aku tak akan bersikap buruk macam tu..insyaAllah..

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Wednesday, September 7, 2011

Mee Calong

gambar ihsan google
Cuba korang tengok mee kat atas..ada rasa terliur?Nahh ni la mee calong..yang korang bleh jumpa kat Beserah Kuantan.Mee nih memang popular area situ.Berkuah sup dicampur bebola ikan(bebola ikan buat sendiri..100% ikan tuhh),tauhu & telur.Kalu tak suka mee boleh pilih bihun.Campur sket sos cili...slurpp memang mengancam woo..

Ok mana nak cari..kalu kat Beserah boleh try tanya orang kat situ sebab banyak tempat yang jual.Kat Kuantan area Tg Lumpur pun ada kalu tak silap.Di Kemaman di kg Geliga tu pun ada jual & sambil2 korang pi beli sata bleh pekena mee calong sekali.Kalu tanya pendapat aku yg mana sedap..suma ok cuma aku lebih suka gerai area kg di Beserah sebab rasa lebih asli..

Thursday, June 2, 2011

Fixie vs basikal tua..

Kalu  korang pegi mana-mana mesti biasa nampak  kelompok remaja atau budak-budak tgh dok mengayuh beskal nih.Nah skrg memang trend beskal fixie ni dengan warnanya yng terang memang mudah cam le.Errmm..anak remaja korang takde  ke yg tgh dok membodek + memujuk suh beli beskal nih..hehee
Kira ok la bleh gak exercise jika di bandingkan dgn zaman sekuter dulu tu...kopak mak bapak bila anak remaja gila nak sekuter pada masa tu....

Nah ni lagi satu beskal yang hot zaman dulu2.aku rasa ramai budak zaman skrg jarang or tak pernah nampak beskal nih..memang top zaman dolu-dolu.Masa aku kecik selalu la nampak mamak jual roti keliling kampung pakai beskal nih.Zaman tu abang posmen juga menggunakan khidmat beskal nih...siap warna merah..huyooo...kagum...



Errr...rupanya bro ni dah lama pakai fixie..

Kasut Supra

Supra..? Menda tu kereta toyota Supra ker?..eh tak la abah.ni kasut la kata anak aku.sekarang trend la remaja pakai kasut ni..tambahnya lagi.Kasut sneaker memang   sentiasa menjadi kegilaan anak muda sepanjang zaman.Dulu masa zaman aku muda-muda..kasut adidas yang menjadi idaman.. kalu dapat pakai kasut adidas masa tu punya la kembang  hidung..hehee..
and as he wish...last week aku dh belikan kasut tu utk dia..beli kat mana? xperlu la tau..ahahaha mesti la kt kedai jual kasut kann.. punya la gembira hati dia...yelah selama nie dok tgk orang pakai tapi sekarang dia sendiri dah dapat..alamatnya bergaya sakan  plus kembang kempis hidung dia cam mamak tu..ekekee...

Asma datang lagi...

Dlm bulan ini..kira-kira seminggu dua lepas,anak aku yang kecik sekali dimasukkan ke wad... kena tahan sebab menghidap asma..tapi tak adalah serius sangat..doktor kata paru-paru dia ada banyak kahak..jadi tu merupakan salah satu penyebab asma dia..ermm dalam 4 atau 5 hari jugak lah dia kat Hospital Pakar Al Islam. Nasib baik dia bukan jenis yang takut jarum...ahahaha..tapi kesian jugak kat dia sebab duduk dalam wad memang boring.... usahkan dia aku pun boring gakk...adalah jugak sekali dua tu aku bawak dia keluar main-main dekat tempat mainan untuk budak2 kat situ..
Mula-mula tu batuk berkahak...lepas tu payah nak bernafas atau wheezing tu suma simpton asma la.Bawa la ke klinik atau hospital.Cam anak aku sekrg kena ambil inhaler tu 4 kali  sehari .Selepas asmanya berkurangan kena menyedut inhaler nih paling kurang sekali sehari atau bila2 keadaan memerlukan.