Friday, September 9, 2011

Mee Udang Sg Dua Penang

Ok cerita pasal mee udang lak kali ni..kalu pegi ke utara mee udang ni memang cukup popular kat sana.Biasanya kalu nak pekena mee udang nih kena datang area Sg Dua,Penang.banyak gerai yang jual mee nih area situ.kalu dari highway menghala ke utara akan nampak susur kiri ke Sg Dua sebelum sampai tol Sg Dua.

Korang bleh nampak gerai mee udang nih di sepanjang jalan selepas susur  tu.Kiri kanan pun ada,malah gerai Char kuay teow pun ada di tepi jalan kt situ.Yg penting slow sket keta tu perati betul2,nih nk g makan kan bukan nak race ala-ala F1 ..hehee.Biasa gerai bukak kul 12 tghari-12 mlm.

Selalu ada 2 jenis mee udang nih..mee udang biasa(udang saiz kecil/biasa) & mee udang special(udang besar).Mee udang special tu udang akan ditimbang baru buh kat mee..makin banyak udang makin lebih lah rega..blurppp.Harga bagi mee udang biasa selalu dalam RM5 dan mee udang special RM7 keatas ikut berat udang yang ditambah kat mee.

Bagi aku rasa dua2 pun okey ikut bajet memasing.Rega??..ala kalu nak makan rega bab kedua..haha.Nih korang kena pegi try..rugi dh ke utara tak pekena mee udang.....slurrpp..

Thursday, September 8, 2011

stress..stress..

Minggu lepas masa balik beraya aku rasa stress drive kat highway..nama je highway tapi jem sana-sini.Nak kemana-mana kalu guna highway silap2 berjam-jam terperangkap..adus stress..stress.Tu belum driver yang bawa kereta cam jalan tu mak ayah diorang punya je..stress lagi..

Abih cuti masuk kerja..stress lagi.Kekadang aku rasa tawar hati nak kerja kat sini.Bosan aku sikap orang yang bermuka-muka,komplain sana-sini & rasa diri diorang je yg betul.Tapi aku percaya kerberkatan hidup tu penting..buat tak baik akan terima pembalasan..cepat atau lambat..secara langsung atau tak.Aku takut kalu hidup tak diberkati..yg utama aku tak akan bersikap buruk macam tu..insyaAllah..

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Wednesday, September 7, 2011

Mee Calong

gambar ihsan google
Cuba korang tengok mee kat atas..ada rasa terliur?Nahh ni la mee calong..yang korang bleh jumpa kat Beserah Kuantan.Mee nih memang popular area situ.Berkuah sup dicampur bebola ikan(bebola ikan buat sendiri..100% ikan tuhh),tauhu & telur.Kalu tak suka mee boleh pilih bihun.Campur sket sos cili...slurpp memang mengancam woo..

Ok mana nak cari..kalu kat Beserah boleh try tanya orang kat situ sebab banyak tempat yang jual.Kat Kuantan area Tg Lumpur pun ada kalu tak silap.Di Kemaman di kg Geliga tu pun ada jual & sambil2 korang pi beli sata bleh pekena mee calong sekali.Kalu tanya pendapat aku yg mana sedap..suma ok cuma aku lebih suka gerai area kg di Beserah sebab rasa lebih asli..